Wednesday, 11 September 2013

ISU TERKINI

Kim Swee tuntut anak didik kekal momentum

KETUA jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee menuntut pemain skuad berkenaan supaya meneruskan momentum kemenangan ketika melayan Thailand Bawah 23 tahun (B-23) pada aksi ketiga kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur Kuantan, malam esok.
   
Katanya walaupun skuad itu yang turut dikenali sebagai pasukan B-23 negara sudah mengesahkan slot final kejohanan, beliau tidak mahu mereka beraksi sambil lewa.
   
"Jadi, tiada timbul isu kita beraksi esok hanya kerana mahu mencatatkan keputusan seri. Penyokong yang hadir ke stadium sudah semestinya mahu pasukan kita memperagakan aksi terbaik mereka," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
   
Malaysia mengesahkan slot ke final hasil dua kemenangan iaitu menundukkan Singapura B-23 dengan keputusan 1-0 pada aksi pembukaan Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan dramatik, 2-1 mengalahkan Myanmar B-23, semalam.
   
Menyentuh mengenai pertemuan menentang Thailand, Kim Swee berkata, pertembungan dua pasukan berkenaan dijangka sengit memandangkan pasukan lawan berada dalam prestasi terbaik selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar selain menang 1-0 ke atas Singapura.
   
"Pandangan sesetengah pihak yang mengatakan pasukan Thailand terdiri daripada pemain kelab adalah tidak penting. Bagi saya. mereka mempunyai kualiti terbaik sebagaimana yang dipamerkan ketika menentang Myanmar dan Singapura sebelum ini," katanya.
   
Pengendali berusia 42 tahun dari Melaka itu berkata, beliau melihat keadaan barisan muda skuad berkenaan memandangkan sebahagian daripada mereka sudah beraksi sebanyak dua perlawanan dalam tempoh empat hari selain ada yang mengalami kecederaan.
   
"(Penyerang), A. Thamil Arasu digantung satu perlawanan. (Pemain sayap) Wan Zack Haikal Wan Nor pula terseliuh di bahagian buku lali manakala (pertahanan) K.Reuben pula mengalami bengkak di bahagian kaki. Jadi saya perlu melihat formasi terbaik sebelum turun bertemu Thailand," katanya.
   
Berkongsi nada yang sama ialah kapten skuad Harimau Muda A, Mohd Irfan Fazail yang menuntut rakan sepasukan memberikan persembahan terbaik ketika berdepan skuad 'Gajah Perang' itu, esok.
   
Beliau yang menjadi watak penting kebangkitan skuad negara pada aksi menentang Myanmar semalam menegaskan, perlawanan menentang pasukan negara jiran itu juga merupakan medan terbaik untuk para pemain membuktikan sebab mereka terus layak untuk membarisi kesebelasan utama.
   
"Bagi saya, selepas kita layak ke final, pemain bersemangat dan bertambah bagus dan saya rasa rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik memandangkan kita beraksi di halaman sendiri," kata perancang tengah dari Johor itu.
   
Sementara itu ketua jurulatih Thailand, Kairung Threejagsang berkata, esok mereka akan bermain tanpa beberapa pemain utama ekoran kecederaan dan penggantungan, namun tetap yakin untuk mengalahkan Malaysia.
   
"Ketua pasukan kami Mahamasabri Awaebuesa tidak akan bermain selepas menerima dua kad kuning, tetapi pemain utama di bahagian midfield (Pakorn Parmpak) akan bermain walaupun cedera di kaki.
   
"Bagi saya, Malaysia adalah pasukan yang baik tetapi kami akan menentang mereka habis-habisan," katanya.
   
Kairung berkata pemainnya akan banyak menyerang seperti ketika menentang Singapura semalam yang mereka 
menang 1-0.




Musa: Perlu undang-undang beri polis lebih kuasa





 SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencadangkan agar undang-undang baru menggantikan Ordinan Darurat (EO) yang dimansuhkan pada 2009 memberikan lebih kuasa kepada polis untuk membendung jenayah dengan lebih berkesan.

Menurutnya, undang-undang pencegahan sedia ada tidak cukup ‘taring’ termasuklah Akta Pencegahan Jenayah (PCA)  1959 kerana bidang kuasa yang terhad untuk menahan penjenayah.

“Undang-undang sedia ada hanya untuk menahan mereka, undang-undang tersebut tidak kuat.

“Oleh sebab itu,saya nyatakan adalah penting untuk pihak polis diberikan undang-undang yang lebih holistik, untuk menangani masalah ini," katanya ketika sesi wacana anjuran Sinar Harian ke-23 yang mengupas tajuk, Polis Hilang Sengat: Apa Selepas E0.

Wacana Sinar Harian ini membariskan panel yang terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan dan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin serta  dikendalikan oleh penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.

Sementera itu, dalam masa yang sama, beliau menegaskan rakyat Malaysia harus mengubah persepi mereka yang mengatakan undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan bersifat zalim dan menindas.

“Undang-undang tersebut diwujudkan adalah sebagai langkah pencegahan, bagi mengawal negara supaya berada dalam keadaan aman dan stabil, bukannya undang-undang zalim.

“Persepsi ini perlu diperbetulkan supaya masyarakat faham tujuan undang-undang itu diwujudkan,” tegasnya.



Harga Minyak RON 95 Naik 20 Sen (RM2.10). Diesel Naik 20 sen (RM2). Apa Kata Anda?

 

 

Harga minyak RON 95 naik 20 sen : Selepas sahaja sekitar 3 bulan lebih berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13, dan dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia bergembira menyambut sambutan kemerdekaan kali yang ke 56.
Hari ini rakyat Malaysia diberikan satu berita yang kurang enak untuk didengar apabila kerajaan Malaysia mengumumkan harga minyak RON 95 naik 20 sen dan minyak diesel juga naik 20 sen.


Harga minyak akan naik bermula tengah malam ini :
  • Harga minyak RON 95 naik 20 sen (RM2.10)
  • Harga minyak diesel naik 20 sen (RM2.00)
Alasan kenaikan harga minyak 20 sen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia seperti yang dijangka :
  • kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi minyak RON95
  • kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.00 seliter bagi minyak diesel
  • Salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan Malaysia
Berita kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen tidak akan terhenti setakat hari ini sahaja. Nantikan gelombang kedua kenaikan iaitu gelombang kenaikan harga barang dan kos sara hidup terutamanya melibatkan golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.
P/S : Apa kata anda dengan berita harga minyak RON 95 naik 20 sen, begitu juga kenaikan harga diesel ini?







                       Bashar beri amaran akhir


     

DAMSYIK - SYRIA . Presiden Syria, Bashar Al-Assad sekali lagi memberi amaran akhir untuk melancarkan tindak balas sekiranya diserang kuasa luar.

Bashar  berkata, tindak balas juga akan dilakukan, sekiranya Amerika Syarikat (AS) berterusan menuduh rejimnya menggunakan senjata kimia.

"Tuduhan itu adalah propaganda ciptaan AS dan sekutunya," katanya.

Dalam temu bual dengan media  CBS, beliau berkata, AS sengaja menggunakan motif penggunaan senjata sebagai alasan membolehkan serangan tindakan balas terhadap sekutu Syria.

“Tiada bukti kami guna senjata kimia dan mustahil kami mahu membunuh rakyat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Turus Rumah Putih McDonough membuat kenyataan mengejut berhubung isu berkenaan.

“Tuduhan itu adalah ‘perkara biasa’ berbanding bukti kukuh terhadap penggunaan kimia oleh tentera rejim tetapi penggunaan itu tidak disangkal,” katanya dipetik dari laporan Press TV.

Beliau sebelum ini diarah ke Syria untuk menentukan momentum pertempuran dengan usaha terhad oleh pentadbiran Barack Obama.





                     

                               Mesir Memutuskan Diplomatik Dengan Syria.

 

 

 

 

Mohamed Morsi, Presiden Mesir, telah mengumumkan bahawa Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria dan telah mengarahkan supaya Kedutaan Damsyik di Kaherah untuk ditutup. 

Morsi kepada beribu-ribu penyokong dalam perhimpunan yang diadakan pada hari Sabtu bahawa kerajaan juga menarik balik pertuduhan Mesir d'affaires dari Damsyik. 

Morsi juga menyeru kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan untuk meninggalkan Syria, di mana kumpulan itu telah berjuang bersama tentera yang setia kepada Presiden embattled Bashar al-Assad terhadap pasukan pemberontak. 

"Kami berdiri menentang Hezbollah dalam pencerobohan terhadap rakyat Syria," kata Morsi. "Hizbullah mesti meninggalkan Syria - ini adalah kata-kata yang serius tiada ruang atau tempat bagi Hezbollah di Syria.." 

Presiden Mesir juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan zon larangan terbang di atas Syria, di mana PBB mengatakan bahawa lebih daripada 93,000 orang telah terbunuh sejak pemberontakan popular meningkat ke dalam perang saudara lebih daripada dua tahun lalu. 

Perhimpunan rakyat yang Morsi dialamatkan pada hari Sabtu telah dipanggil oleh Islam tegas setia kepada Presiden Mesir untuk menunjukkan perpaduan dengan rakyat Syria. 

Walau bagaimanapun, Morsi juga digunakan kesempatan untuk memberi amaran kepada lawannya di rumah terhadap penggunaan keganasan dalam protes besar-besaran yang dirancang untuk 30 Jun, ulang andaian untuk kuasa. 

Morsi mengulangi dakwaan bahawa orang-orang Mesir yang setia kepada rejim yang kini disingkirkan daripada autocrat Hosni Mubarak adalah dalang di sebalik protes yang dirancang dan bahawa mereka telah bekerja terhadap Januari 2011 pemberontakan yang menggulingkan Mubarak. 

"Ada yang delusionary mahu menerkam revolusi Januari dan berfikir bahawa mereka boleh menjejaskan kestabilan yang semakin meningkat setiap hari atau melemahkan tekad bahawa orang telah jelas palsu dengan kehendak mereka,'' katanya.


 







Tuesday, 10 September 2013

INFO PERIBADI

NAME : SYED MOHAMAD SAZUAN BIN SYD HAMID
REG.NUMBER: 04DET13F1117
ADDRESS:POLITEKNIK KOTA BHARU